Joel Kornreich (tengah) pada pembukaan cawangan baru di Kluang, Johor.
Joel Kornreich (tengah) pada pembukaan cawangan baru di Kluang, Johor.

Kluang: Alliance Bank Malaysia Berhad (Alliance Bank) membuka cawangan terbarunya di Kluang, Johor yang menjadi pusat sehenti bersepadu bagi keperluan seperti perbankan pengguna, produk perbankan dan perniagaan Islam serta perkhidmatan perbankan pelaburan.

Premis dua tingkat memiliki keluasan melebihi 4,000 kaki persegi itu menawarkan perkhidmatan perbankan 24 jam di lobi seperti mesin pengeluaran juruwang automatik (ATM), mesin deposit tunai dan perkhidmatan cek ekspres.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Joel Kornreich berkata, Kluang memiliki potensi pasaran besar kerana ia bandar ketiga terbesar di Johor dengan populasi melebihi 210,000 orang di mana kawasan perbandaran sendiri memiliki 160,000 penduduk.

“Kami mempunyai pelbagai cara untuk memberi sokongan kepada komuniti Kluang dalam meningkatkan kewangan peribadi dan perniagaan masing-masing,” katanya pada majlis pelancaran cawangan baru terbabit baru-baru ini.

Sementara itu, Alliance Bank melancarkan kempen “Total Banking Relationship Cash Back’ di mana ia memberi jaminan bayar balik sebanyak RM15,000 kepada pelanggan apabila mereka mendaftar untuk gadai janji, pembiayaan kenderaan, kad kredit, pelaburan, insurans bank, perniagaan saham/margin bermula sekarang hingga 28 Februari 2015.

Pelanggan yang mendaftar untuk perkhidmatan ‘Privilege Banking’ dengan minimum RM200,000 dan Alliance Personal dengan minimum 50,000 dalam deposit atau pelaburan akan diberi ganjaran hadiah misteri manakala pendaftaran kali pertama bagi perkhidmatan perbankan Islam seperti Cash Vantage atau Pension Financial akan menerima baucar tunai.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Februari 2015 @ 6:42 AM