MUGABE tersadung selepas menuruni tangga podium.
MUGABE tersadung selepas menuruni tangga podium.
Agensi

Harare: Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe, memecat 27 pengawal peribadinya kerana ‘membiarkan’ dia diaibkan di depan khalayak ramai beberapa hari lalu.

Menurut media semalam, Mugabe melangkah menuruni anak tangga podium dalam acara rasmi untuk pergi ke keretanya.

Bagaimanapun ketika berjalan Mugabe tersepak permaidani sehingga menyebabkan dia terjatuh seakan-akan merangkak.

Kejadian tidak disangka-sangka itu berlaku ketika Mugabe, 90, dikelilingi ramai pengawal, namun tiada seorang pun sempat memegang badannya.

Sumber berkata, pegawai kanan kerajaan mengarahkan siasatan dijalankan bagi mengetahui mengapa kejadian itu berlaku.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Februari 2015 @ 6:47 AM