BASIL Ramadan menembak dan membunuh tujuh militan IS di Tikrit, Iraq sebagai membalas dendam atas kematian anaknya Ahmed Basil, seorang daripada lapan banduan yang dihukum mati.
BASIL Ramadan menembak dan membunuh tujuh militan IS di Tikrit, Iraq sebagai membalas dendam atas kematian anaknya Ahmed Basil, seorang daripada lapan banduan yang dihukum mati.
SELEPAS selesai menembak mati pesalah, pasukan keselamatan bergambar dengan mengacukan pistol ke arah kamera video.
SELEPAS selesai menembak mati pesalah, pasukan keselamatan bergambar dengan mengacukan pistol ke arah kamera video.
PASUKAN keselamatan IS terkenal menjalankan hukuman mati di tempat awam secara besar-besaran.
PASUKAN keselamatan IS terkenal menjalankan hukuman mati di tempat awam secara besar-besaran.
Susunan Siti Salmiah A Hamid


Seorang lelaki Iraq menembak dan membunuh tujuh militan Negara Islam Iraq dan Syria (IS) semata-mata mahu membalas dendam kematian anaknya yang dihukum bunuh kumpulan itu.

Basil Ramadan, 60-an, menggunakan AK-47 menembak mati anggota kumpulan militan di pusat pemeriksaan di Tikrit bandar yang terletak di barat laut Baghdad.

Anak lelakinya, Ahmed Basil, 18, adalah seorang daripada lapan lelaki yang dihukum bunuh bulan lalu. Ahmed dituduh menyusup ke organisasi dan mengintip untuk kerajaan Iraq.

IS menyiarkan gambar yang diambil daripada video hukuman mati yang dijalankan ke atas Ahmed bersama tujuh lelaki lain yang bertugas sebagai pegawai polis dan dituduh memaklumkan pergerakan IS kepada kerajaan Iraq.

Menerusi tajuk ‘Hari Pengadilan’, gambar daripada video itu menunjukkan lapan lelaki Iraq berpakaian ‘jumpsuits’ stail Guantanamo Bay yang berwarna oren.

Barisan pasukan keselamatan IS yang berdiri di belakang mereka mudah dikenali kerana menjalankan hukuman mati besar-besaran pada siang hari.

Beberapa mangsa termasuk anak lelaki Basil, dinyatakan namanya dalam catatan itu turut ditemubual bersama rakaman video kerana mereka memakai mikrofon.

Dalam video itu, Ahmed Basil dituduh memberi maklumat mengenai lokasi kediaman askar IS.

Pemimpin kumpulan malang itu dikenali sebagai Kapten Hossam Salah Bnosh.

Menurut media IS, Hossam dan tujuh pegawai polis lain memeluk fahaman Sunni dan menyertai IS.

Walaubagaimanapun, selepas mereka menyusup masuk dalam pasukan keselamatan IS, mereka mula mengintip untuk kerajaan Iraq.

Kumpulan itu dituduh memberi maklumat risikan kepada kerajaan Iraq serta mengenal pasti sasaran untuk pakatan serangan udara terhadap IS.

Seorang lagi banduan, Marwan Habib Said yang memakai mikrofon dilaporkan menyertai pasukan keselamatan IS, tetapi ditangkap kerana memberi maklumat sasaran kepada kerajaan Iraq.

Foto terbabit menunjukkan lapan tahanan terbabit yang ditutup mata dan dipaksa berjalan di sepanjang pinggir sungai, kemungkinan besar Sungai Euphrates.

Tangan mereka digari ke belakang dan setiap askar IS dilihat mencengkam leher mangsa ketika diarak ke tempat hukuman dijalankan.

Mereka kelihatan dibawa ke kawasan yang sunyi dan jauh dari bandar, kemungkinan di bawah jambatan di lebuh raya yang berhampiran sungai.

Banduan yang dipaksa berlutut dan ditutup matanya itu, menunggu saat nyawa mereka terpisah kerana setiap pejuang IS mengacu dan menarik pistol ke arah banduan masing-masing.

Setiap banduan menjalani hukuman mati dengan peluru tunggal pada kepala mereka. Selepas selesai, pasukan keselamatan itu menunjukkan gayanya dalam gambar. Skuadron itu mengacukan pula pistol mereka ke arah kamera video.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 Februari 2015 @ 11:56 AM