SKUAD wanita (bawah dari kiri)Sivasangari Subramaniam, Zoe Foo Yuk Han, Rachel Mae Arnold dan Teh Min Jie menewaskan Hong Kong manakala skuad lelaki (dari kiri) Mohammad Syafiq Kamal, Darren Chan Ti Lunn, Ng Eain Yow and Mohd Farez Izwan Mhd Mukhtar menewaskan Pakistan. FOTO Goh Thean Howe

KUALA LUMPUR: Malaysia menepati sasaran apabila muncul juara kategori lelaki dan wanita pada Kejohanan Skuasy Remaja Asia Berpasukan ke-17 di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil, di sini, hari ini.

Pada perlawanan final, skuad lelaki negara mengalahkan Pakistan manakala skuad wanita menewaskan Hong Kong 2-1.

Dalam saingan lelaki, Ng Eain Yow membuka gelanggang dengan mata pertama selepas mengalahkan pemain Pakistan, Tayyab Aslam dengan keputusan 11-6, 11-13, 4-11, 11-3 dan 7-11.

Mata kedua Malaysia disumbangkan oleh Darren Chan Ti Lunn yang menundukkan Muhammad Asim Khan 8-11, 10-12 dan 4-11.

Dalam saingan wanita, Malaysia mendahului Hong Kong 2-0 apabila mata pertama diperoleh melalui Rachel Mae Arnold yang menewaskan pemain Hong Kong, Choi Uen Shan 11-9, 11-5 dan 11-9.

Mata kedua negara pula dihadiahkan oleh Teh Min Jie yang terpaksa bertungkus lumus sebelum mengatasi Ho Ka Wing 11-8, 10-12, 4-11, 11-4 dan 11-9 untuk mengesahkan kemenangan Malaysia.

Pemain ketiga Malaysia, S. Sivasangari bagaimanapun tidak dapat memberikan kemenangan bergaya buat negara apabila kalah kepada Lui Hiu Lam dengan keputusan 11-13, 5-11, 16-14 dan 11-13.

Pada edisi ke-16 di Seoul, pada 2013, kedua-dua pasukan lelaki dan wanita negara menghuni tangga ketiga. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 Februari 2015 @ 11:15 PM