Erdiehazzuan Ab Wahid


Beaufort: Situasi banjir di negeri ini pulih apabila semua pusat penempatan sementara (PPS) ditutup secara rasmi, 6 petang tadi.

Pegawai Daerah Beaufort, Mohd Shaid Othman berkata, Dewan Serbaguna Membakut yang menempatkan 11 mangsa membabitkan tiga keluarga adalah PPS yang terakhir ditutup selepas dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

"Semua mangsa yang ditempatkan di PPS ini sudah pulang selepas air di kawasan rumah mereka surut.

"Selepas menjalankan pemantauan, kami mendapati kawasan rumah mereka selamat untuk didiami," katanya.

Terdahulu, beberapa kawasan di daerah ini termasuk Membakut dan Bongawan dinaiki air menyebabkan hampit 40,000 penduduk terjejas dan terputus hubungan darat.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 January 2015 @ 7:24 PM