Pangkalan Bun : Penyelam Indonesia menemui lima mayat yang masih berada di tempat duduk dan memakai tali pinggang keselamatan berdekatan bangkai utama pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang terhempas di Laut Jawa bulan lalu.

AFP melaporkan, 58 daripada 162 mayat mangsa nahas berkenaan kini sudah ditemui.

“Penyelam kami menemui lima mangsa terbenam dalam lumpur berdekatan dengan bahagian fiuslaj pesawat. Mereka masih memakai tali pinggang keselamatan di kerusi masing-masing.

“Kami percaya mereka tercampak keluar dari bangkai pesawat antara 50 hingga 100 meter,” kata Pengarah Operasi BASARNAS, S B Supriyadi.

Menurutnya, pasukan penyelam masih berusaha mendekati bahagian utama pesawat itu dan dipercayai lebih banyak mayat penumpang dan krew kabin di situ.

Bagaimanapun, katanya penyelam berdepan cabaran jarak penglihatan terhad

"Cuaca cerah hari ini dan kita perlu optimis penyelam akan dapat sampai ke bangkai pesawat,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 January 2015 @ 3:13 PM