WAF 2014 jadi lokasi pertemuan
WAF 2014 jadi lokasi pertemuan
 JINGGA tembaga
JINGGA tembaga
PELBAGAI material penting
PELBAGAI material penting
 IDEA dekorasi
IDEA dekorasi

Festival Seni Bina Sedunia (WAF) 2014 di Marina Bay Sands, Singapura, baru-baru ini, antara interaktif paling bermanfaat apabila mengumpulkan ilmuan seni bina dalam satu bumbung.

Ditaja AkzoNobel, acara terhebat dunia itu menerima lebih 2,000 peserta dari lebih 60 negara.

Segalanya membabitkan seni bina menerusi sesi di bilik persidangan sesi, seminar, bengkel dan pameran.

Malah, WAF 2014 selama tiga hari itu mengeratkan hubungan antara arkitek, seni bina dan urbanisme.

Lantaran nilai kehidupan dan kemajuan tamadun manusia dilengkapkan dengan wujudnya aliran binaan bangunan yang mampu mengubah kehidupan di abad ke-21.

Peserta WAF 2014 turut berpeluang mendengar diskusi hebat daripada pakar terkemuka seperti Pengetua Manuelle Gautrand Architecture Manuelle Gautrand, Pengetua Klein Dytham Architects Mark Dytham dan Jeremy sendiri.

"Sesi diskusi ini membincangkan isu warna-warni dunia dan pereka pula menggunakan warna atas alasan estetik serta fungsinya.

"Topik khusus ialah apa hasil penyelidikan memberitahu kita berkenaan kesan warna pada pengalaman individu dan kolektif persekitaran serta bahagian dalaman bangunan yang dibina," kata Jeremy.

Sekali gus membuktikan kepentingan warna dalam setiap binaan yang berupaya mencipta nilai kehidupan dalam kalangan masyarakat dan persekitaran pada sesebuah negara.

Sementara arkitek dan penceramah terhebat dunia seperti Ole Scheeren, Richard Rogers, Rocco Yim, Saskia Sassen dan Moshe Safdie begitu teruja berdiskusi.

Ia membabitkan pelbagai isu dan topik mencerminkan tema perayaan tahun ini iaitu arkitek dan bandar.

Buat julung kalinya pameran di festival itu merangkumi satu siri jaringan yang menemukan wakil pemaju terkemuka dan perancang bandar termasuk Ayala Tanah Perdana, Fortis Healthcare, Four Seasons Hotel and Resorts, Hilton Eropah, Hong Leong Holdings Limited, Lembaga Perumahan & Pembangunan Singapura, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Malaysian Resources Corporation Berhad.

Anugerah WAF pula menyaksikan 283 projek tahun ini yang disenarai pendek dalam 29 kategori.

Ia membabitkan kategori bangunan lengkap, projek masa depan dan projek landskap dalam anugerah seni bina paling besar di dunia.

Lebih berprestij apabila anugerah itu membabitkan penyertaan 95 juri antarabangsa dalam kepakaran masing-masing.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Oktober 2014 @ 5:05 AM