Baru-baru ini, seorang teman SS menghadirkan diri pada satu majlis hiburan di ibu kota.

Dalam majlis penuh meriah itu turut diraikan seorang artis wanita.

Artis yang meningkat naik dengan tawaran pun khabarnya tak menang tangan diterima itu sama sekali sudah berubah lagak.

Kalau dulu, dia ringan mulut untuk menegur walaupun tidak mengenali siapa yang disapa itu, kini lagaknya sudah berubah laku.

Bukan hanya tidak mahu menegur, tetapi dia buat tidak kenal saja pada teman SS walaupun mereka pernah beberapa kali bekerjasama.

SS yang mendengar cerita itu agak terkejut juga apabila diperdengarkan kisah 'lupa diri' artis wanita berkenaan.

Setahu SS, tak pernah pula artis wanita itu bertindak demikian sebelum ini. Barangkali, ketika teman SS bertemu artis berkenaan kondisi perasaannya kurang baik.

Bukan apa SS dengar artis itu dipersalahkan di atas perpisahan yang berlaku dalam hubungan cinta artis lain.

Khabarnya artis wanita itu adalah 'orang ketiga' yang berjaya memutuskan ikatan cinta yang dibina pasangan artis meningkat naik.

Apapun, dalam soal ini SS tidak menyebelahi mana-mana pihak. Lagi pun, urusan hati memang sukar diduga. Tepuk dada dan tanya selera.

SS: Terpegun lihat gambar kereta Ferari warna kuning yang didakwa milik Zizan Razak.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 January 2015 @ 5:01 AM