Sebahagian mangsa banjir yang masih ditempatkan di pusat pemindahan. FOTO ihsan JPAM Sarawak
Sebahagian mangsa banjir yang masih ditempatkan di pusat pemindahan. FOTO ihsan JPAM Sarawak
Oleh Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail


Kuching: Seramai 245 mangsa banjir membabitkan 52 keluarga masih ditempatkan di enam pusat pemindahan di bahagian Kuching dan Samarahan setakat 8 pagi tadi.

Enam pusat pemindahan yang dibuka di bahagian Kuching ialah di Balai Raya Kampung Paon, Sematan; Surau Nurul Huda, Lundu; Dewan Masyarakat Kampung Jangkar, Lundu dan Pusat Gerakan PBB Ranting Desa Wira, Kuching.

Di bahagian Samarahan ialah Dewan Suarah Samarahan dan Pusat Nurul Hadhari.

Jurucakap Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Sarawak berkata, enam pusat pemindahan itu dibuka berasingan sejak jam 11 pagi dengan operasi terakhir memindahkan mangsa banjir pada jam 11 malam semalam.

Katanya, setakat ini tiada perubahan paras air di kawasan terjejas banjir.

"Bantuan keperluan asas sudah diberikan kepada mangsa yang terjejas akibat banjir dan pasukan penyelamat terus melakukan pemantauan di kawasan berisiko banjir," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 January 2016 @ 11:40 AM