Syanty Octavia Amry


Jika dulu nama Joe Flizzow, 40, sinonim dengan kumpulan Too Phat dan satu demi satu lagu mereka mendapat tempat di hati peminat antaranya Anak Ayam dan Alhamdulillah.

Tidak dinafikan Too Phat antara kumpulan hip hop tempatan paling dikenali setakat ini.

Namun selepas Joe dan Malique membawa haluan masing-masing, Too Phat seakan-akan sepi seperti tiada penyambung muzik hip hop.

Meskipun ada kejayaan daripada penyanyi lain, tetapi ia tidak sehebat dan meriah seperti dilakukan Too Phat.

Kembali solo memperjuangkan muzik hip hop dengan mengundang penyanyi duet, nyata peminat Too Phat masih ada apabila dapat dilihat kemunculan semula Joe benar-benar mendapat sambutan peminat.

Penubuhan syarikat produksi milik Joe, Kartel Records benar-benar memberi peluang kepada pemilik nama penuh Johan Ishak ini untuk terus memartabatkan muzik hip hop.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 January 2015 @ 5:20 AM