Gambar hiasan
Gambar hiasan
BERNAMA

Putrajaya: Lima penumpang cedera selepas pesawat AirAsia X menghadapi golakan semasa dalam penerbangan dari Taipei ke Kuala Lumpur, semalam.

AirAsia X dalam satu kenyataan yang mengesahkan kejadian itu berkata, penerbangan D7 377 itu selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 4.30 pagi Khamis.

AirAsia X berkata, 11 kru dan 291 penumpang berada di dalam pesawat A330-300 itu.

"Lima penumpang yang cedera dirawat oleh anggota paramedik di lapangan terbang selepas pesawat itu mendarat. Semua penumpang lain diberi perhatian dan bantuan yang diperlukan oleh kakitangan syarikat di lapangan terbang," katanya.

Sebuah video berdurasi 1.45 minit menunjukkan keadaan tegang dialami kru kabin apabila pesawat itu mengalami golakan, dimuat naik ke laman media sosial.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Mei 2017 @ 10:03 PM