RAJA Zarith Sofiah menziarahi Mohamad Thaqif Amin yang dirawat di Wad Pergantungan Tinggi HSI, semalam. FOTO Zain Ahmed
RAJA Zarith Sofiah menziarahi Mohamad Thaqif Amin yang dirawat di Wad Pergantungan Tinggi HSI, semalam. FOTO Zain Ahmed
Izlaily Nurul Ain Hussein


Johor Bahru: Semua murid di Madrasah Tahfiz Al Jauhar dekat Kota Tinggi, yang turut menerima hukuman dipukul di tapak kaki seperti dialami bekas muridnya, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, 11, perlu menjalani pemeriksaan kesihatan.

Demikian yang dititahkan Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah yang disampaikan kepada Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri Datuk Ayub Rahmat.

Baginda bertitah demikian selepas berkenan meluangkan masa 40 minit menziarahi Mohamad Thaqif Amin yang dirawat di Wad Pergantungan Tinggi (HDW), Hospital Sultan Ismail (HSI), semalam.

Turut hadir Timbalan Pengarah Kesihatan negeri (Perubatan) Dr Iezam Suleiman dan Pengarah HSI Dr Azizah Riduan.

Menurut Ayub, Raja Zarith Sofiah bertitah demikian kerana tidak mahu tindakan lambat diambil terutamanya apabila berkemungkinan berlaku lagi kes seumpama itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 April 2017 @ 7:36 AM