RAJA Zarith Sofiah tiba di HSI diiringi Ayub (tiga kiri) dan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan), Dr Iezam Suleiman (kanan) serta Pengarah Hospital Sultan Ismail (HSI), Dr Azizah Riduan (kiri). FOTO Zain Ahmed
RAJA Zarith Sofiah tiba di HSI diiringi Ayub (tiga kiri) dan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan), Dr Iezam Suleiman (kanan) serta Pengarah Hospital Sultan Ismail (HSI), Dr Azizah Riduan (kiri). FOTO Zain Ahmed
MADRASAH Tahfiz Al Jauhar. FOTO arkib NSTP
MADRASAH Tahfiz Al Jauhar. FOTO arkib NSTP
Izlaily Nurul Ain Hussein


Johor Bahru: Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah menitahkan supaya semua murid di Madrasah Tafiz Al Jauhar, Kota Tinggi, yang menerima hukuman dipukul di tapak kaki seperti bekas muridnya, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, 11, menjalani pemeriksaan kesihatan.

Titah beliau itu disampaikan kepada Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri, Datuk Ayub Rahmat selepas baginda berkenan meluangkan masa 40 minit menziarahi Mohamad Thaqif Amin yang kini masih dirawat di Wad Dependensi Tinggi (HDW), Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, hari ini.

Menurut Ayub, Raja Zarith Sofiah bertitah sedemikian kerana tidak mahu tindakan lambat diambil terutamanya apabila berkemungkinan berlaku lagi kes seumpama itu.

"Baginda Permaisuri ada menitahkan pada saya supaya mengenal pasti murid lain yang dalam satu kumpulan yang menerima hukuman sama untuk menjalani pemeriksaan kesihatan, sebab kita kena bertindak awal tentang perkara ini, kerana tidak mahu apabila mungkin ada kes lain, baru kita ambil tindakan.

"Kita juga sudah berbincang dengan Jabatan Kesihatan negeri untuk melihat dan pantau keadaan madrasah tahfiz berkenaan daru aspek kesihatan, kebersihan dan sebagainya," katanya ketika ditemui di HSI di sini, hari ini.

Beliau berkata, Raja Zarith Sofiah turut bertitah supaya pada Jumaat ini, semua masjid dan surau di negeri ini untuk mengadakan solat hajat bagi mendoakan kesihatan Mohamad Thaqif Amin sebagai tanda sokongan moral kepada kanak-kanak itu.

"Baginda titahkan untuk saya bincang dengan Exco Agama negeri bagi mengarahkan pada Jumaat ini, semua masjid dan surau adakan solat hajat untuk mendoakan kesihatan adik (Mohamad Thaqif Amin) kita ini, semoga Allah memberi kesembuhan segera kepadanya.

"Ini juga sebagai antara satu tanda sokongan moral daripada kita semua," katanya.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Kesihatan negeri (Perubatan), Dr Iezam Suleiman dan Pengarah HSI, Dr Azizah Riduan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 April 2017 @ 2:14 PM