SEBAHAGIAN daripada 250 sukarelawan yang menghadiri program tanam pokok bakau sempena Hari Bumi Sedunia.
SEBAHAGIAN daripada 250 sukarelawan yang menghadiri program tanam pokok bakau sempena Hari Bumi Sedunia.
Siraj Mohd Zaini


Pelabuhan Klang: Walaupun terpaksa bergelumang dengan lumpur dan cuaca gerimis sejak pagi namun kepuasan jelas tergambar pada wajah 250 peserta program penanaman anak pokok bakau di Pulau Ketam, di sini, kelmarin.

Menerusi program anjuran Persatuan Alumni Sekolah Tengku Ampuan Jemaah (STAJ) itu, semua peserta terdiri daripada bekas pelajar, pelajar STAJ, sukarelawan dan aktivis alam sekitar bergotong-royong menanam semula 300 anak pokok bakau bagi memulihara persekitaran.

Pengerusi Alumni STAJ Ahmad Mansor Sa Abu Hassan berkata, Program Bersih Bakau Pulau Ketam itu adalah acara tanggungjawab sosial korporat pihaknya serta diadakan sempena Hari Bumi Sedunia 2017 yang disambut 22 April lalu.

Katanya, aktiviti pemuliharaan alam sekitar itu juga adalah sebahagian daripada sambutan jubli emas alumni berkenaan yang diadakan sepanjang tahun ini.

“Program ini mendapat kerjasama pelbagai agensi lain termasuk Jabatan Hutan serta pemimpin dan penduduk setempat bagi membantu merealisasikan impian kami untuk memulihara alam sekitar.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 April 2017 @ 7:15 AM