Ahmad Shabery dan Khairy pada Program Chillax Agropreneur Muda TN50 (Transformasi Nasional 2050) - Sembang Agro di Taman Pameran Pertanian Malaysia (MAEPS), malam tadi. FOTO KHAIRULL AZRY BIDIN
Ahmad Shabery dan Khairy pada Program Chillax Agropreneur Muda TN50 (Transformasi Nasional 2050) - Sembang Agro di Taman Pameran Pertanian Malaysia (MAEPS), malam tadi. FOTO KHAIRULL AZRY BIDIN
Mohd Nasif Badruddin


Serdang: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sedia menimbang memberi gelaran ikhtisas kepada petani, peladang, penternak dan nelayan.

Cadangan itu dikemukakan seorang peserta Program Chillax Agropreneur Muda TN50 (Transformasi Nasional 2050) - Sembang Agro di Taman Pameran Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini, malam tadi memandangkan ia dapat mengubah minda dan persepsi masyarakat.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, pihaknya akan mengkaji dengan teliti gelaran ikhtisas itu seperti Fmr untuk petani supaya diiktiraf sama dengan kerjaya profesional lain seperti Ir untuk jurutera dan Dr untuk doktor.

"Kita mungkin boleh bawa cadangan ini ke peringkat lebih tinggi untuk dibincangkan.

"Dengan langkah ini, ia dapat memartabatkan profesionalisme golongan berkenaan sekali gus mengubah mentaliti serta persepsi masyarakat mengenai mereka yang dikaitkan dengan kerjaya kotor," katanya dalam dialog yang dikendalikan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin sebagai moderator.

Hadir sama Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman serta Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk M Saravanan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 April 2017 @ 11:39 PM