KEADAAN pesawat yang tergelincir di hujung landasan Lapangan Terbang Sibu. FOTO ihsan Mohd Nikman HashimMOHD NIKMAN HASHIM
KEADAAN pesawat yang tergelincir di hujung landasan Lapangan Terbang Sibu. FOTO ihsan Mohd Nikman HashimMOHD NIKMAN HASHIM
Harun Yahya


Sibu: Lapangan Terbang Sibu masih ditutup dan dijangka hanya akan dibuka menjelang 12 tengah hari esok.

Terdahulu, pengumuman awal menyatakan lapangan terbang itu boleh beroperasi bermula 8 malam tadi.

Pengurus Lapangan Terbang Sibu, Zainuddin Abu Nasir berkata, penutupan lapangan terbang itu terpaksa diteruskan disebabkan pihaknya perlu membaik pulih beberapa lubang besar yang di landasan akibat pergerakan tayar pesawat yang tergelincir, semalam.

"Kami akan meneruskan kerja pembersihan landasan kapal terbang malam ini dan operasi masuk keluar pesawat di Lapangan Terbang Sibu hanya akan dibuka 12 tengah hari esok.

"Ini satu proses bagi memastikan keselamatan dan kami sudah mengeluarkan notis kepada syarikat penerbangan mengenai penutupan ini. Kami sedang melakukan yang terbaik untuk memastikan semua operasi kembali kepada biasa," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Hari ini, 48 penerbangan dibatalkan dengan lebih 3,000 penumpang terjejas setelah lapangan terbang Sibu tidak dapat beroperasi semenjak tengah malam tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 April 2017 @ 9:35 PM