FOTO Amirul Haswendy Ashari
FOTO Amirul Haswendy Ashari
Amirul Haswendy Ashari


RAWANG: Pelakon filem Tujuh Petala Cinta dan Highland Tower, Shima Anuar, 27, sah bergelar isteri kepada Mohd Solih Toha, 42, tepat jam 10.50 pagi di kediaman keluarganya, di sini.

Shima yang turut menyambut hari lahirnya hari ini menerima mas kahwin RM8,000 termasuk tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dari pihak perempuan. Jumlah wang hantaran dirahsiakan.

Pasangan itu dinikahkan Haji Shaari bin Husin,Penolong Pendaftar Nikah Masjid Cahaya Iman, Bandar Country Homes dan disaksikan ahli keluarga dan teman rapat kedua belah mempelai.

"Syukur segalanya berjalan lancar. Tidak dinafikan saya agak berdebar pada awalnya.

"Doakan semoga perkahwinan kami kekal bahagia sehingga ke Jannah," kata Shima ringkas.

Pasangan itu bertunang pada 17 Disember tahun lalu.

Majlis resepsi bertema tradisional mereka pula dijadualkan berlangsung di sebuah hotel terkemuka di Bukit Bintang, malam ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 April 2017 @ 11:26 AM