Hadzlihady Hassan


Georgetown: Polis menahan dua lelaki dan merampas pelbagai dadah bernilai RM222,000 dalam dua serbuan berasingan di Georgetown dan Perai.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, serbuan dilakukan jam 12.05 tengah malam tadi di Jelutong, di sini dan Taman Chai Leng Park, Perai.

Menurutnya, dalam serbuan pertama polis menahan seorang lelaki berusia 22 tahun dan merampas ketamin, 100 pil erimin 5 dan 120 pil ecstacy.

"Susulan daripada itu, polis menahan seorang lagi lelaki berusia 56 tahun di Perai dan merampas pelbagai lagi dadah yang disimpan dalam rumah.

"Kita juga turut merampas wang tunai bernilai RM70, 000 dan kes disiasat mengikut Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahya 1952," katanya pada sidang media, di pejabatnya, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 April 2017 @ 2:12 PM
Mior Faridalathrash menunjukkan dadah yang dirampas. FOTO Mikail Ong
Mior Faridalathrash menunjukkan dadah yang dirampas. FOTO Mikail Ong