J3, J5, J7 semua Pro.
J3, J5, J7 semua Pro.
Afiq Hanif

Nama Samsung gah dikaitkan dengan telefon pintar jenis premium sehinggakan mungkin ada yang takut mahu melihat tanda harga kerana beranggapan ia mungkin bukan mampu milik untuk mereka.

Jadi, langkah terbaru Samsung menjanjikan senyuman lebar apabila melancarkan telefon mesra bajet kategori Galaxy J Pro (2017) dengan tiga model J3 Pro, J5 Pro dan J7 Pro yang ketiga-tiganya dijual pada harga RM699, RM1,149 serta RM1,299.

Antara keunikan bagi ketiga-tiga fon ini adalah jaminan dua tahun berbanding setahun yang biasa dilakukan pengeluar.

Galaxy J3 Pro, J5 Pro dan J7 Pro masing-masing mempunyai skrin 5.0 inci (TFT), 5.2 inci (HD Super AMOLED) serta 5.5 inci (HD penuh Super AMOLED).

Model paling murah, J3 Pro direka dengan pemprosesan jenis quad core 1.4GHz manakala dua model lain dijana berdasarkan pemprosesan octa core 1.6GHz.

Semuanya mempunyai kamera beresolusi 13 megapiksel namun dibezakan dengan apertur f1.9 bagi J3 Pro manakala dua model lain pula jenis f1.7.

Jika anda mahu memilih warna, pilihan biru, merah jambu, hitam atau emas boleh disambar.

Model J5 Pro dan J7 Pro mempunyai pengimbas cap jari di depan berbanding J3 Pro yang tidak memiliki keupayaan terbabit.

SPESIFIKASI:

SAMSUNG GALAXY J5 PRO

Harga: RM1,149

Pemprosesan: Octa core 1.6GHz

RAM: 3GB

Skrin: 5.2 inci HD Super AMOLED

Kamera: 13MP (f1.7)

Kamera depan: 13MP (f1.9)

Bateri: 3000mAh

Storan: 32GB, slot kad microSD

SAMSUNG GALAXY J7 PRO

Harga: RM1,299

Pemprosesan: octa core 1.6GHz

RAM: 3GB

Skrin: 5.5 inci HD penuh Super AMOLED

Kamera: 13MP (f1.7)

Kamera depan: 13MP (f1.9)

Bateri: 3600mAh

Storan: 32GB, slot kad microSD

SAMSUNG GALAXY J3 PRO

Harga: RM699

Pemprosesan: quad core 1.4GHz

RAM: 2GB

Skrin: 5.0 inci TFT

Kamera: 13MP (f1.9)

Kamera depan: 5MP (f2.2)

Bateri: 2400mAh

Storan: 16GB, slot kad microSD

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 Julai 2017 @ 1:42 PM