FAUZI (kiri) menyerahkan tajaan 100PLUS kepada Mustapa.
FAUZI (kiri) menyerahkan tajaan 100PLUS kepada Mustapa.
Aida Adilah Mat

Kuala Lumpur: Minuman isotonik 100PLUS terus menghulurkan sokongan dengan menjadi penaja minuman Kejohanan Bowling Best! Harian Metro di Sahara Bowl & Cafe, Angsana Johor Bahru Mall pada 23 hingga 25 Mac ini.

Tajaan minuman untuk semua peserta dan mereka terbabit sepanjang kejohanan sempena ulang tahun Harian Metro Ke-26 itu adalah sebagai tanda sokongan dan hubungan rapat terjalin sejak sekian lama.

Pengurus Acara dan Promosi 100PLUS Muhammad Fauzi Ahmad berkata pihaknya berbesar hati menjadi sebahagian daripada rakan penaja dalam setiap aktiviti dikendalikan Harian Metro.

“Saya bagi pihak 100PLUS ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih atas kecemerlangan Harian Metro menyampaikan wadah sukan selama 26 tahun ini.

“Ia sumbangan kecil 100PLUS kepada acara sukan tempatan,” katanya selepas menyerahkan penajaan kepada Pengarang Kumpulan Harian Metro Datuk Mustapa Omar.

Kejohanan Bowling Harian Metro kembali selepas lebih 10 tahun tidak dianjurkan sekali gus memberi peluang kepada peminat sukan itu beraksi dan membawa pulang hadiah lumayan.

Penganjur menyasarkan 100 pasukan membabitkan 300 pemain mengambil bahagian pada pusingan saringan, pada Khamis dan Jumaat ini.

Hanya 10 pasukan teratas akan bertanding pada pusingan akhir 25 Mac dengan juara membawa pulang RM1,000, pingat dan hamper, naib juara (RM700, pingat dan hamper) dan ketiga (RM600, pingat dan hamper).

Tempat keempat (RM500, pingat dan hamper) manakala kelima hingga ke-10 (RM200, pingat dan hamper).

Selain kejohanan bowling di Sahara Bowl, konsert mini menampilkan barisan artis tempatan Wani, Bandi Amuk, Siti Nordiana dan kumpulan Jumero turut diadakan pada hari terakhir kejohanan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Mac 2017 @ 5:08 AM