Azmi menunjukkan tempat Allahyarham tiba-tiba rebah. FOTO ihsan pembaca
Azmi menunjukkan tempat Allahyarham tiba-tiba rebah. FOTO ihsan pembaca
Nur Izzati Mohamad


Bukit Mertajam: Seorang bilal meninggal dunia ketika hendak melaungkan iqamat bagi solat Maghrib di Surau Mohamed Al Fatih, Taman Pauh Indah, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 7.32 malam itu, Abdul Wahid Abdul Alim, 49, baru selesai melaungkan azan dan menunaikan solat sunat dua rakaat.

Arwah kemudian ke saf hadapan untuk iqamat namun pitam dan jatuh di ruang solat.

Imam surau, Azmi Husain, 70, berkata, jemaah panik dan memberikan bantuan kecemasan sebelum menghubungi ambulans untuk tindakan lanjut.

"Ketika itu, semua jemaah sedang bersiap sedia menunaikan solat Maghrib.

"Namun, kami terkejut apabila dia tiba-tiba rebah dan bergegas membantunya dengan memberikan bantuan pernafasan sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang tiba sejurus selepas itu," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Mac 2017 @ 5:06 PM