Motosikal mangsa hangus selepas terbabit kemalangan. FOTO Omar Osman
Motosikal mangsa hangus selepas terbabit kemalangan. FOTO Omar Osman
Omar Osman


Sungai Petani: Seorang lelaki melecur selepas motosikal ditunggangnya terbakar dalam kemalangan dengan lori di Kilometer 47 Jalan Butterworth-Alor Setar, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 6.05 pagi itu, Asri Abdul Ghani, 19, menunggang Honda EX5 dari arah Bedong namun sebaik tiba di tempat kejadian, dia merempuh belakang lori yang dipercayai mahu berhenti di tepi jalan.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata, akibat rempuhan itu mangsa terjatuh sebelum motosikal terbakar.

Menurutnya, pemandu lori dipercayai melarikan diri sebaik kejadian itu dan polis sedang mengesannya.

"Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk menerima rawatan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Mac 2017 @ 2:54 PM