HART  pamer aksi cemerlang bersama Torino. FOTO Reuters
HART pamer aksi cemerlang bersama Torino. FOTO Reuters
AFP

Manchester, England: Pep Guardiola membayangkan karier penjaga gol England, Joe Hart di Manchester City sudah berakhir, tidak kira bagaimana bagusnya dia beraksi di Torino.

Hart memukau dalam Serie A sejak hadir secara pinjaman semusim Ogos lalu, selepas dipinggirkan Guardiola.

Pengurus City itu memutuskan ketika tiba di kelab itu Julai lalu bahawa Hart tidak sesuai dengan corak permainan penguasaan bola yang diterapkannya.

Claudio Bravo dibawa masuk dari Barcelona sebagai pengganti Hart, namun pemain kebangsaan Chile itu gagal menyerlah, hilang tempatnya kepada Willy Caballero, penjaga gol pelapis veteran, sejak akhir-akhir ini.

Ditanya jika Hart berpeluang kembali, Guardiola menggeleng-gelengkan kepalanya dan berkata: “Saya terlalu gembira dengan Willy dan Claudio.”

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Mac 2017 @ 8:21 AM