Ramli (kiri) menyerahkan tongkat kuasa kepada Ahmad Ramdzan sambil diperhatikan Wan Ahmad Najmuddin (tengah) ketika majlis perhimpunan bulanan polis di Dewan Dato' Onn, IPK Johor, Johor Bahru. FOTO Hairul Anuar Abd Rahim
Ramli (kiri) menyerahkan tongkat kuasa kepada Ahmad Ramdzan sambil diperhatikan Wan Ahmad Najmuddin (tengah) ketika majlis perhimpunan bulanan polis di Dewan Dato' Onn, IPK Johor, Johor Bahru. FOTO Hairul Anuar Abd Rahim
Izlaily Nurul Ain Hussein


Johor Bahru: Pegawai Perhubungan Keselamatan (SLO) Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Washington, Amerika Syarikat, Senior Asisten Komisioner Ahmad Ramdzan Daud dilantik sebagai Ketua Cawangan Khas Johor yang baru menggantikan Datuk Ramli Hassan.

Beliau memegang jawatan itu berkuat kuasa hari ini selepas Ramli dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah E1, Cawangan Khas Bukit Aman.

Ramli, 57, sebelum ini memegang jawatan Ketua Cawangan Khas Johor selama sepuluh tahun bermula 1 Jun 2007 hingga hari ini.

Majlis serah terima tugas jawatan berlangsung di Dewan Dato' Onn, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor disaksikan Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd.

Turut diadakan majlis serah terima tugas jawatan Pengerusi PERKEP IPK Johor antara isteri Ramli, Datin Mahizah Abdul Malik dengan isteri Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datin Suriati Mohammad sambil disaksikan Pengerusi PERKEP Kontinjen Johor, Datin Seri Musalma Mohd Saman.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Februari 2017 @ 11:18 AM