TAN (dua kiri) melancarkan tapak pengecas EV dan PHEV di stesen BHPetrol. FOTO Lizam Ridzuan
TAN (dua kiri) melancarkan tapak pengecas EV dan PHEV di stesen BHPetrol. FOTO Lizam Ridzuan
Lizam Ridzuan


Petaling Jaya: Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol) melancarkan kemudahan tapak pengecas kenderaan elektrik (EV) dan plug-in Hybrid (PHEV) di stesen BHPetrol Kg Sg Kayu Ara di Petaling Jaya.

Pengecas ini juga terdapat di stesen Sg Besi dilengkapi dengan pengecas jenis ‘Type 2, 3-phase 22kW’ dan pengguna hanya perlu membawa kabel sendiri serta ia boleh dilakukan secara percuma.

Menurut Pengarah Urusannya, Tan Kim Thiam inisiatif ini sebagai kemudahan kepada komuniti terutama kepada pengguna kenderaan elektrik untuk mengecas atau mengisi bahan api di stesen mereka.

"Kami akan menambah tapak pengecas kenderaan elektrik di stesen BHPetrol yang lain bergantung kepada permintaan pasaran tidak lama lagi," katanya.

Projek ini juga hasil kerjasama dengan First Energy Networks Sdn Bhd sebagai penyedia kemudahan dan sistem bagi kenderaan "zero emission" di Malaysia seperti Nissan Leaf, Renault Zoe dan Twizy, Volvo XC 90 dan BMW i8.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Februari 2017 @ 3:58 PM