FOTO Amran Hamid
FOTO Amran Hamid
Meor Riduwan Meor Ahmad


Alor Setar: Kira-kira 300 peserta menyertai acara 'Kayuhan Muafakat Kedah' dua kilometer bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini.

Perdana Menteri disertai Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Mereka memulakan kayuhan di Dataran Menara Alor Setar melalui Lebuhraya Darulaman, Jalan Tunku Ibrahim, Jalan Sultan Badlishah, Jalan Teluk Wanjah sebelum kembali ke Dataran Menara Alor Setar.

Program bertujuan merapatkan jurang antara generasi Y dan kepimpinan negara.

Ia membolehkan pemimpin dan generasi Y berinteraksi antara satu dengan lain tanpa protokol.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Februari 2017 @ 10:04 AM