AHMAD Bashah (tengah) mempengerusi mesyuarat pertama bersama Exco Kerajaan Negeri Kedah. FOTO Amran Hamid
AHMAD Bashah (tengah) mempengerusi mesyuarat pertama bersama Exco Kerajaan Negeri Kedah. FOTO Amran Hamid
Norul Awatif Romli


Alor Setar: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mempengerusikan Mesyuarat Kerajaan Negeri pertamanya 9.20 pagi tadi di Bangunan Wisma Darulaman, Alor Setar.

Mesyuarat dijalankan dengan kehadiran kesemua sembilan EXCO yang mengangkat sumpah pelantikan di hadapan Jemaah Pemangku Sultan Kedah di Balai Penghadapan, Istana Anak Bukit, Isnin lalu.

Terdahulu, Ahmad Bashah, tiba di pejabatnya kira-kira 9 pagi dan mengambil masa 20 minit mendengar penerangan daripada Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Bakar Din sebelum memulakan mesyuarat.

Ahmad Bashah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar baru pada 4 Februari lalu selepas Jemaah Pemangku Sultan Kedah berpuas hati dengan keputusan majoriti Ketua UMNO Bahagian negeri yang hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Februari 2016 @ 11:42 AM