MOHD Daniel teliti memasang komponen kenderaan yang sangat kecil.
MOHD Daniel teliti memasang komponen kenderaan yang sangat kecil.
Zaitie Satibi


Tidak puas mengumpul model kecil kenderaan sama ada yang dibeli di pasar raya atau dalam talian, mendorong Mohd Daniel Mohamed, 32, memasang sendiri replika motosikal berkuasa tinggi, kereta, mahupun jentera berat mengikut model kenderaan yang diingini.

Malah, minat beliau memasang model kecil kenderaan dengan saiz 1:12 itu menjana pendapatan sampingan apabila hasil kreativitinya itu mendapat permintaan daripada pengumpul kenderaan bersaiz kecil mahupun pemilik yang mahu mengabadikan kenderaan kesayangan mereka dalam saiz mini.

Mohd Daniel dari Muar, Johor, berkata sehingga kini beliau sudah memasang kira-kira 1,000 replika kenderaan yang kebanyakannya dihasilkan selepas menerima tempahan dari dalam dan luar negara seperti England, Amerika Syarikat dan Singapura.

Beliau memperuntukkan belanja besar bagi membeli peralatan digunakan untuk kerja pemasangan dan komponen kenderaan sebagai koleksi persendirian.

Namun, replika kenderaan yang kemas dipasang dan unik menarik minat beberapa rakannya untuk membeli koleksi berkenaan.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Februari 2017 @ 7:18 AM