SHAIRAN (tengah) bersama Pengurus Besar Shell Lubricants Malaysia dan Singapura, Leslie Ng (kanan) dan pelumba pasukan Ducati MotoGP, Andrea Dovizioso (kiri).
SHAIRAN (tengah) bersama Pengurus Besar Shell Lubricants Malaysia dan Singapura, Leslie Ng (kanan) dan pelumba pasukan Ducati MotoGP, Andrea Dovizioso (kiri).
Lizam Ridzuan


Khusus untuk penunggang skuter, Shell Advance melancarkan rangkaian produk minyak pelincir yang diformulasi untuk motosikal jenis itu.

Produk baru itu adalah Shell Advance 4T Ultra Scooter 5W-40 dengan minyak sintetik sepenuhnya, Shell Advance 4T AX 7 Scooter 10W-40 dengan teknologi sintetik dan minyak gear Skuter Shell Advance.

Produk itu melengkapkan keperluan dan pilihan kepada penunggang motosikal skuter di negara ini termasuk Shell Advance 4T AX 5 Scooter 15W-40 yang diperkenalkan pada 2014.

Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd Shairan Huzani Husain berkata, jika dibandingkan motosikal biasa, enjin skuter lebih kecil dan menjana putaran perminit (RPM) lebih tinggi dengan transmisi automatik.

“Minyak ini dilengkapi teknologi PurePlus dan Active Cleansing untuk memberi perlindungan menyeluruh termasuk membersihkan enjin 33 peratus lebih baik, kestabilan pengoksidaan dan tahan lebih lama,” katanya pada majlis pelancaran produk itu, baru-baru ini.

Pasaran skuter kira-kira 11 peratus populasi kenderaan dua roda yang berjumlah kira-kira 12 juta di Malaysia dan ia sentiasa meningkat setiap tahun.

Sementara itu, perkhidmatan ekspres penukaran minyak enjin bagi motosikal bawah 250cc Shell Advance MotoCare Express (SAMCE) diperkenalkan dengan lokasi pertama di Stesen Shell Batu 3, Shah Alam.

“SAMCE membantu penunggang motosikal menukar minyak enjin dengan mudah dan pantas bagi mengekalkan motosikal mereka dalam keadaan baik untuk kelancaran dan keselamatan ketika menunggang,” katanya.

Turut hadir Pengurus Besar Shell Lubricants Malaysia dan Singapura, Leslie Ng dan pelumba pasukan Ducati Moto GP Andrea Dovizioso.

Harga pasaran untuk Shell Advance 4T Ultra Scooter (1 liter) ialah RM68.30, Shell Advance 4T AX 7 Scooter (1 liter) RM32.50, Shell Advance 4T AX 5 (0.8 liter) RM22.52 dan minyak gear Skuter (0.12 liter) pada harga RM12.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Februari 2017 @ 5:03 AM