GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.
Raja Noraina Raja Rahim


Nilai: Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) belum menerima maklumat rasmi daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengenai kelewatan kemasukan pinjaman kepada penuntut.

USIM antara 11 universiti awam yang disenarai berdepan dengan kelewatan pembayaran pinjaman berkenaan.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan berkata, pihaknya mengambil perhatian serius mengenai perkara itu dan prihatin terhadap penuntut yang mengalami kesulitan atas kelewatan pembayaran berkenaan.

"Perkara yang membabitkan urusan kewangan seperti pembayaran yuran pengajian, penginapan dan peperiksaan membabitkan penuntut terjejas akan dipertimbangkan untuk ditangguhkan atau dilewatkan sehingga PTPTN membuat pembayaran ke akaun mereka.

"Bagaimanapun, USIM berharap agensi terbabit dapat mengambil tindakan segera dan tidak perlu menunggu sehingga sebulan untuk menyelesaikan perkara itu demi kebajikan penuntut," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 Februari 2017 @ 5:39 PM