Universiti Sains Islam Malaysia.
Universiti Sains Islam Malaysia.
Mohd Amin Jalil


Nilai: Seramai 2,445 penuntut baharu Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan sedia ada termasuk kategori berkeperluan yang melengkapkan dua dos vaksin Covid-19 akan mendaftar secara fizikal di kampus di sini, mulai 15 Oktober ini.

Timbalan Naib Canselor USIM, Prof Madya Dr Mohd Rushdan Mohd Jailani, berkata dijangkakan kemasukan secara fizikal itu akan terus meningkat berikutan proses dibuat secara berperingkat mengikut prosedur operasi standard (SOP) disediakan.

"USIM mengalu-alukan kedatangan penuntut baharu Program Sarjana Muda Sesi Akademik 2021/2022 dan berharap mereka dapat memberikan komitmen serta menumpukan sepenuhnya perhatian dalam pelajaran.

"Mereka disaran mengambil peluang untuk terbabit dengan aktif dalam apa jua program dianjurkan universiti walaupun dalam era pandemik yang memberi kelainan serta suasana baharu," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Beliau berkata, sebahagian penuntut baharu terbabit sudah selesai menjalani sesi taaruf secara dalam talian mulai 7 hingga 10 Oktober lalu menerusi platform Sistem Global Open Access Learning System (GOALS) USIM.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 Oktober 2021 @ 6:29 PM