GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Ibrahim Isa

Johor Bahru: Seramai 400,000 pengunjung dijangka membanjiri bandar raya ini sempena perarakan Chingay 17 Februari ini.

Presiden Persatuan Tiong Hua Johor Bahru, Datuk Seri Tey Kim Chai berkata, jumlah itu berdasarkan data pengunjung perayaan sama tahun lalu.

Menurutnya, selain itu 30,000 peserta akan mengambil bahagian membabitkan 40 kereta berhias daripada lima suku Tiong Hua iaitu Hokkien; Hakka; Hai Nam; Kong Siew dan Teochew.

"Tahun ini yang juga perarakan ke-146 akan disertai kereta berhias dari Melaka; Kuala Lumpur dan Singapura," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan (JBS) di sini, sebentar tadi.

Sementara itu, Timbalan Polis daerah JBS Superintendan M Kumar berkata, 22 jalan akan ditutup secara berperingkat bermula 10.30 pagi 15 Februari ini hingga 3 pagi, 18 Februari.

Seramai 2,000 anggota termasuk RELA dan anggota Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) akan bertugas di kawasan terbabit dan meminta orang ramai mengikut arahan diberikan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Februari 2017 @ 6:02 PM