SULTAN Ibrahim Iskandar berkenan memukul gendang sebagai simbolik perasmian Pesta Perarakan Chingay sambil diperhatikan Mohamed Khaled (dua kiri) dan Tee. FOTO Hairul Anuar Abd Rahim
SULTAN Ibrahim Iskandar berkenan memukul gendang sebagai simbolik perasmian Pesta Perarakan Chingay sambil diperhatikan Mohamed Khaled (dua kiri) dan Tee. FOTO Hairul Anuar Abd Rahim
PESTA Perarakan Chingay. FOTO Mohd Azren Jamaludin
PESTA Perarakan Chingay. FOTO Mohd Azren Jamaludin
PESTA Perarakan Chingay. FOTO Mohd Azren Jamaludin
PESTA Perarakan Chingay. FOTO Mohd Azren Jamaludin
SULTAN Ibrahim Iskandar berkenan menyaksikan Festival Perarakan Chingay 2016. Hadir sama, Mohamed Khaled Nordin dan Tee Siew Kiong. FOTO Hairul Anuar Abd Rahim
SULTAN Ibrahim Iskandar berkenan menyaksikan Festival Perarakan Chingay 2016. Hadir sama, Mohamed Khaled Nordin dan Tee Siew Kiong. FOTO Hairul Anuar Abd Rahim
Mary Victoria Dass


Johor Bahru: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berangkat mencemar duli ke Pesta Chingay yang dimeriahkan kira-kira 200,000 pengunjung di Jalan Wong Ah Fook, di sini, hari ini.

Pelbagai lapisan masyarakat yang teruja dengan keberangkatan baginda melaungkan 'Daulat Tuanku' berulang kali.

Baginda bertitah, ia menjadi kali pertama baginda sebagai sultan memeriahkan pesta berkenaan.

"Saya ada satu permintaan kepada Bangsa Johor yang berbilang bangsa supaya bersatu.

"Ia demi kepentingan negeri Johor," titahnya menerusi rakaman video yang dipaparkan di skrin gergasi berhampiran pentas utama Pesta Chingay.

Hadir sama, Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Wee Ka Siong; Pengerusi Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Tee Siew Kiong dan Presiden Persatuan Tionghua Johor Bahru, Datuk Seri Tey Kim Chai.

Pesta sempena kelahiran tahun baru di kalendar masyarakat Tionghua dan sambutan ulang tahun kuil kuno Cina Johor Bahru berkenaan bermula 8 malam tadi dan dijangka tamat 12 tengah malam ini.

Pengisian pesta berkenaan termasuk persembahan kebudayaan berbilang bangsa, tarian singa dan naga, pertunjukan bunga api dan perarakan masyarakat Tionghua bersama patung dewa, kereta berhias tanglung dan bendera gergasi negeri Johor sejauh 10 kilometer di sekitar pusat bandar raya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Februari 2016 @ 10:09 PM