DISIPLIN kunci kejayaan Rosyam.
DISIPLIN kunci kejayaan Rosyam.
Rudy Imran Shamsudin


Sejak kolum Fanatik diperkenalkan dalam Selebriti, Metro Ahad Oktober lalu, hampir semua pelakon lelaki yang sedang mencipta nama menjadikan Datuk Rosyam Nor sebagai idola. Antara mereka Izzue Islam, Shukri Yahaya, Fattah Amin dan Nadzmi Adhwa.

Mereka yang mengikuti kolum ini, pastinya ingin tahu siapa pula yang menjadi idola Rosyam atau Mohamed Noor Shamsuddin, 49, yang mula dikenali ramai selepas membintangi filem Suami, Isteri dan ....? pada 1998.

Ada tiga individu dalam dunia seni tempatan yang menjadi idola Rosyam, juga sumber inspirasi sehingga mampu mencipta nama dan berjaya sama ada sebagai pelakon mahupun perniagaan.

Jalan dilalui Rosyam sebenarnya bukan mudah hingga mampu mencapai tahap sekarang kerana mula menceburi dunia lakonan pada 1985 tetapi 10 tahun selepas itu dan membintangi banyak filem, barulah namanya dikenali.

Kata Rosyam, kalau hendak bercakap mengenai idola, insan paling dikagumi ialah arwah pak ciknya, Allahyarham Hussein Abu Hassan.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Februari 2017 @ 5:03 AM