Laporan Harian Metro sebelum ini
Laporan Harian Metro sebelum ini
Kalidevi Mogan Kumarappa

Kuala Lumpur : Suspek utama yang diburu polis berhubung kes bunuh di kelab malam di Solaris, Mount Kiara sejak 28 Januari lalu ditahan di Taman Mutiara, Cheras awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R Munusamy berkata, suspek ditahan di restoran di kawasan berkenaan pada 2.45 pagi hasil maklumat orang awam.

Katanya, sejak hari kejadian, polis sudah menahan lima suspek termasuk suspek utama itu dan kes berkenaan dianggap selesai dengan penahanan lelaki berusia 22 tahun itu.

Sebelum ini, pada 31 Januari lalu, polis memulakan operasi memburu suspek,P R Dhivyaprabu, 22, beralamat di Taman Kantan Permai, Kajang, Selangor, bersama rakan - rakannya kerana dipercayai bersembunyi selepas kes bunuh itu.

Harian Metro sebelum ini melaporkan akibat terlanggar bahu pengunjung lain di pusat hiburan, seorang lelaki diserang 20 individu hingga parah ditikam di dada sebelum disahkan meninggal dunia lima jam kemudian.

Dalam kejadian jam 4 pagi itu, mangsa, Muhammad Jeffri Abu Bakar, 22, bersama tiga rakan berhibur di pusat hiburan sebelum berlaku pergaduhan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Februari 2017 @ 12:23 PM