Mayat bayi yang ditemui dibuang dalam tong sampah. FOTO ihsan PDRM
Mayat bayi yang ditemui dibuang dalam tong sampah. FOTO ihsan PDRM
Hadzlihady Hassan

 

Bukit Mertajam: Mayat bayi lelaki ditemui pengawal keselamatan dalam tong sampah berhampiran sebuah restoran di Taman Perwira, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik An Hamid berkata, mayat bayi terbabit ditemui pada 8 malam dengan hanya dibalut seluar putih.

Menurutnya, ketika itu, seorang pengawal keselamatan berusia 36 tahun sedang mencari tin serta tong kosong untuk dijual.

"Bagaimanapun, dia melihat mayat bayi yang dianggarkan berusia enam bulan itu dan terus menghubungi polis.

"Setakat ini kita masih menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan," katanya.

 

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 January 2017 @ 9:49 AM