Norizuan Shamsuddin


Ampang: Polis menahan dua lelaki selepas disyaki menyamun kedai serbaneka 24 jam di Pandan Indah, di sini, 13 Januari lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Superintenden Mohd Zaid Hassan berkata, dua suspek berusia 20-an terbabit ditahan dalam tempoh 24 jam selepas melakukan samun pada 2.29 pagi.

Katanya, tangkapan pertama dilakukan di Apartmen Bunga Raya, di sini, pada 11.40 malam.

"Hasil soal siasat dilakukan membawa kepada tangkapan rakan sejenayahnya di premis di Puchong Selangor pada 1 pagi.

"Hasil pemeriksaan menemui 118 kotak rokok pelbagai jenama, parang, pisau, sarung kepala, dua telefon bimbit beg galas dan kereta dipercayai digunakan ketika kejadian.

"Keuda-dua suspek kini direman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 January 2017 @ 11:35 AM
ANTARA barangan yang dirampas. FOTO Zulfadli Zulkifli
ANTARA barangan yang dirampas. FOTO Zulfadli Zulkifli