OTHMAN Mustapha dan kenyataan dikeluarkannya (gambar kecil). FOTO arkib NSTP
OTHMAN Mustapha dan kenyataan dikeluarkannya (gambar kecil). FOTO arkib NSTP
Hayati Ibrahim


Putrajaya: Tarikh 1 Muharam 1439H di dalam kalendar diubah dari 21 kepada 22 September 2017, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Tan Sri Othman Mustapha.

Beliau berkata, perubahan ini adalah ralat berbentuk teknikal yang disemak dan diperakukan oleh Panel Pakar Falak JAKIM ketika meneliti semula data bulan Zulhijjah.

"JAKIM Merujuk kepada kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri (JPM)mengenai perkara berkaitan.

"Adalah dimaklumkan perubahan tarikh 1 Muharram 1439H dalam kalendar adalah dari 21kepada 22 September 2017," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 January 2017 @ 7:24 AM