Lee Meng Boon, 39, dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah membunuh seorang pengurus syarikat kawalan keselamatan. FOTO Muhaizan Yahya
Lee Meng Boon, 39, dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah membunuh seorang pengurus syarikat kawalan keselamatan. FOTO Muhaizan Yahya
Mohd Hafizee Mohd Arop


Ipoh: Seorang lelaki dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah membunuh seorang pengurus syarikat kawalan keselamatan di sebuah kedai makanan dan minuman di Kampung Simee, di sini, empat tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman SM Komathy Suppiah menjatuhkan hukuman itu terhadap Lee Meng Boon, 39, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes berkenaan sepanjang perbicaraan.

Meng Boon didakwa atas tuduhan membunuh Jasrafveendeerjeet Singh, 25, di depan kedai makanan dan minuman Sun Heng di No 350, Lebuh 5, Kampung Simee, di sini, kira-kira jam 10.15 malam, 28 Julai 2013.

Tertuduh berasal dari Bukit Baru, Melaka, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Meng Boon juga didapati bersalah atas dua pertuduhan iaitu cubaan membunuh Kok Loo Kong, 55, dan Sarbjit Singh Harder Singh, 28, di tempat, masa dan tarikh sama dan didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Harris Ong Jeffry Ong manakala tertuduh diwakili peguam Sudesh Singh Salinder Singh.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 January 2017 @ 12:00 PM