keadaan Lidah bayi berusia empat hari sebelum (kiri) dan selepas pembedahan (kanan). - Foto Daily Mail
keadaan Lidah bayi berusia empat hari sebelum (kiri) dan selepas pembedahan (kanan). - Foto Daily Mail
Agensi

New Delhi: Seorang bayi dilahirkan dengan lidah besar sehingga boleh menyebabkan dia mati tercekik kerana sukar bernafas, kini boleh tersenyum selepas doktor membuang separuh lidahnya.

Bayi itu, Aparajit Lodhi dari Jabalpur, Madhya Pradesh, di utara India, menghidap macroglossia, terma perubatan yang merujuk kepada lidah besar luar biasa yang berlaku bagi dalam satu bagi 500,000 kelahiran.

Menurut Daily Mail, ketika mengesan penyakitnya sebaik dilahirkan, doktor memberitahu ibu bapa Aparajit, dia mungkin tidak hidup lama kerana lidahnya akan membesar sehingga dia mungkin tercekik lidah sendiri.

Ibunya, Mini Lodhi, 28, berkata: “Saya amat takut dengan keadaan anak saya. Dia menangis tidak berhenti. Saya tahu dia sakit dan lapar, namun tiada apa boleh saya lakukan bagi membantunya.”

Empat hari selepas dilahirkan, bayi itu menjalani pembedahan untuk mengurangkan saiz lidahnya.

Doktor mengambil masa dua jam untuk membuang ketumbuhan pada lidah bayi itu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 January 2017 @ 6:15 PM