Mohd Nasif Badruddin


Petaling Jaya: Misi pencarian pesawat MH370 di kawasan seluas 120,000 kilometer persegi di Lautan Hindi selatan berakhir hari ini.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pengakhiran misi berkenaan diputuskan oleh jawatankuasa bersama yang dianggotai Malaysia, Australia dan China.

"Kita akan gantung misi pencarian pesawat MH370 sehingga menemui bukti baharu meyakinkan.

"Kita serahkan kepada kumpulan pakar untuk mengkaji situasi seterusnya sebelum membuat sebarang keputusan," katanya pada sidang media selepas melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Ops Bersepadu Peringkat Kebangsaan Sempena Tahun Baharu Cina di Sunway Pyramid di sini, hari ini.

Pada 8 Mac 2014, pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang ketika dalam penerbangan ke Beijing dari Kuala Lumpur.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 January 2017 @ 3:07 PM
Misi pencarian pesawat MH370 di kawasan seluas 120,000 kilometer persegi di Lautan Hindi selatan berakhir hari ini.
Misi pencarian pesawat MH370 di kawasan seluas 120,000 kilometer persegi di Lautan Hindi selatan berakhir hari ini.