Mohd Shukor Amin


Sabak Bernam: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Air Tawar Kamarol Zaki Abdul Malik, 58, ditemui meninggal dunia di ruang tamu rumahnya di Jalan Haji Jabar, Sungai Air Tawar, dekat sini, pagi tadi.

Kematian Kamarol Zaki disedari Pembantu Khasnya, Saufaat Salimin dan Setiausaha Akhbarnya, Mohamad Fariq Roslan, 28, pada jam 8.30 pagi.

Kamarol Zaki sepatutnya dijadualkan menghadiri Program Sedetik Bersamamu di Kampung Sungai Pulai dan Kampung Sekendi, 8 pagi tadi.

Namun Kamarol Zaki tidak hadir pada majlis itu dan gagal dihubungi.

Dua pegawainya yang ke rumahnya terpaksa mengumpil pintu belakang rumah sebelum menemui beliau dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri.

Jenazah mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 January 2017 @ 11:02 AM
Dua pegawainya yang ke rumahnya menemui Allahyarham dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri. Foto Mohd Shukor Amin
Dua pegawainya yang ke rumahnya menemui Allahyarham dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri. Foto Mohd Shukor Amin