Mary Victoria Dass


Kota Tinggi: Lelaki warga India dijatuhi hukuman penjara 12 bulan di Mahkamah Majistret Kota Tinggi di sini, hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki lukisan dan gambar lucah kanak-kanak perempuan di telefon bimbitnya.

Tertuduh, Sulaiman Valiyapeedika Mundakkundil, 37, yang bekerja sebagai pekerja kedai runcit didakwa memiliki lukisan dan gambar lucah di telefon bimbitnya.

Dia didakwa memilikinya ketika berada di Pejabat Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kota Tinggi pada 5.15 petang 3 Januari 2017.

Dia didakwa di bawah Seksyen 292 (a) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen yang sama.

Tertuduh mengaku memahami pertuduhan yang dibacakan oleh juru bahasa dalam Bahasa Tamil di hadapan Majistret Mazana Sinin.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Suhaila Shafi'uddin manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 January 2017 @ 2:16 PM