Pramugari yang terbabit kemalangan dan kereta yang terbalik. FOTO ihsan Asrul
Pramugari yang terbabit kemalangan dan kereta yang terbalik. FOTO ihsan Asrul
Siti A'isyah Sukaimi


Sepang: Pramugari berdepan detik mencemaskan apabila kereta dinaiki terbalik di Jalan Perkeliling arah klia2 berhampiran stesen minyak, di sini, 8 pagi tadi.

Difahamkan, kereta Proton Saga dipandu lelaki berusia 39 tahun itu melanggar belakang kereta Perodua Myvi sebelum terbalik

Sumber polis ketika dihubungi berkata, Perodua Myvi itu dipercayai dalam perjalanan dari arah Banting, Selangor ke klia2 dan apabila tiba di tempat kejadian, pemandunya memandu di lorong tengah.

"Bagaimanapun, secara tiba-tiba kereta Proton Saga yang dari arah belakang terus melanggar bahagian belakang kereta itu dan terbalik," katanya.

Menurutnya, pemandu Perodua Myvi berusia 32 tahun dan pemandu Proton Sagatidak cedera. Penumpang Proton Saga juga tidak cedera.

"Hasil siasatan mendapati, pemandu Proton Saga itu belum membuat laporan polis," katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas, Akta Pengangkutan Jalan 166/59.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 January 2017 @ 1:40 AM