Ismail (tengah), Zulkurnain (kanan) dan Azmi (dua dari kanan) bersama jersi baru JDT musim ini. FOTO HM/MOHD AZREN JAMALUDIN
Ismail (tengah), Zulkurnain (kanan) dan Azmi (dua dari kanan) bersama jersi baru JDT musim ini. FOTO HM/MOHD AZREN JAMALUDIN
Mohd Sabran Md Sani


Johor Bahru: Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) secara rasmi memperkenalkan jersi baru kelab tajaan Nike Malaysia yang terdiri daripada biru (home), merah (away) dan hitam (alternate), dalam majlis pelancaran di Dataran Bandaraya Johor Bahru, malam ini.

Majlis pelancarannya disempurnakan oleh Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), Datuk Ismail Karim dan Naib Presiden 1 PBNJ yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan Negeri Johor, Datuk Zulkurnain Kamisan.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Johor, Azmi Rohani.

Ribuan peminat pasukan Harimau Selatan turut sama hadir memberi sokongan termasuk membeli jersi yang dijual RM139 sehelai.

Jersi berkenaan boleh dimiliki di rangkaian Al-Ikhsan Sport Sdn Bhd bermula bulan depan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 January 2017 @ 10:59 PM