Zaini (dua kanan) menyampaikan bayaran wang faedah caruman PERKESO kepada Mat Nawi. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
Zaini (dua kanan) menyampaikan bayaran wang faedah caruman PERKESO kepada Mat Nawi. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
Mohamad Zulhairie Manzaidi


Tumpat: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Kelantan membayar RM8.38 juta faedah kepada 2,170 pencarum yang layak sepanjang tahun lalu.

Bayaran membabitkan pencarum hilang upaya sementara, hilang upaya kekal, faedah orang tanggungan, pencen ilat, penakat (pencen kematian) dan faedah pengurusan mayat.

Pengarah PERKESO Kelantan Zaini Ab Latif berkata, jumlah pembayaran itu juga meningkat meningkat berbanding 2015 RM8.3 juta.

"Peningkatan ini bukan disebabkan jumlah kemalangan yang meningkat tetapi kerana penambahan penerima faedah caruman setiap tahun.

"Untuk tahun lalu, terdapat lebih 12,000 daripada 34,000 majikan yang aktif mencarum dan tahap kesedaran sudah semakin meningkat," katanya selepas penyerahan cek pencen ilat kepada Mat Nawi Mat Hassan, 55, yang diserang angin ahmar di Wakaf Bharu, di sini hari ini.

Beliau berkata, pihaknya juga turut melancarkan Op Kesan bagi menjejaki majikan yang belum mencarum untuk pekerjanya selain terus mengadakan kempen kesedaran.

Beliau berkata, sekiranya masih ada majikan ingkar, tindakan boleh diambil mengikut perundangan sedia ada.

Untuk rekod, enam majikan didakwa kerana gagal mencarum selain 86 kompaun dikeluarkan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 January 2017 @ 8:12 PM