NAJIB berucap di Majlis Perhimpunan Bulanan Warga Jabatan Perdana Menteri. FOTO Mohd Fadli HamzahHAMZAH
NAJIB berucap di Majlis Perhimpunan Bulanan Warga Jabatan Perdana Menteri. FOTO Mohd Fadli HamzahHAMZAH
Mohd Husni Mohd Noor


Putrajaya: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mahu penjawat awam menumpukan kepada aspek penyampaian kebajikan untuk rakyat dan kesejahteraan untuk negara, tahun ini.

Menurutnya, beliau mahu aspek penyampaian menjadi fokus dan bidang utama justeru, semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing.

"Saya juga ingin mengingatkan penjawat awam supaya jangan ambil hak rakyat kerana semua program dan bajet adalah untuk rakyat.

"Kalau berlaku ketirisan, rakyat akan hampa dan seterusnya hilang keyakinan dengan kerajaan," katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di sini, hari ini.

Katanya, aspek penyampaian bukan sahaja dalam bentuk fizikal sebaliknya ia turut memberi nilai kepada rakyat.

Dalam pada itu, Najib berkata, penyusutan nilai Ringgit berlaku disebabkan tiga faktor iaitu kesan spekulasi, pengumuman kadar faedah Dolar Amerika dan kejatuhan harga minyak.

Bagaimanapun, katanya, Malaysia bukan satu-satunya negara yang mengalami penyusutan matawang sebaliknya 123 negara lain di dunia turut berdepan situasi sama.

"Saya yakin dengan langkah diambil Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menstabilkan nilai matawang negara," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 January 2017 @ 9:13 AM