ROSLINDA Abd Wahab (dua dari kiri) mengaminkan doa di pusara anaknya, Allahyarham Mohd Amirul Othman, yang meninggal dunia akibat barah saraf otak di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tebing Tinggi, Segamat. IHSAN keluarga Allahyarham
ROSLINDA Abd Wahab (dua dari kiri) mengaminkan doa di pusara anaknya, Allahyarham Mohd Amirul Othman, yang meninggal dunia akibat barah saraf otak di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tebing Tinggi, Segamat. IHSAN keluarga Allahyarham
Ahmad Ismail


Segamat: Pesakit barah saraf otak, Mohd Amirul Othman, yang mempunyai tubuh seperti kanak-kanak enam tahun meninggal dunia di Hospital Segamat, hari ini.

Kisah Allahyarham Mohd Amirul yang meninggal dunia pada usia 25 tahun mendapat perhatian ramai apabila Harian Metro melaporkannya, pada 27 Ogos 2016.

Anak sulung daripada lima beradik itu disahkan menghidap penyakit berkenaan sejak dilahirkan menyebabkannya tidak boleh berjalan dan sering diserang sawan dan deman.

Ibunya, Roslinda Abd Wahab, 40, berkata keluarganya reda dengan pemergian anaknya itu dan berterima kasih kepada semua menghulurkan bantuan dan semangat kepada keluarganya selama ini.

"Arwah mula sesak nafas di rumah kami di Kampung Tebing Tinggi pada 9.30 pagi. Dia kemudian dikejarkan ke Hospital Segamat.

“Apabila tiba di Unit Rawatan Rapi (ICU) keadaannya terlalu lemah selain beberapa organ dalaman gagal berfungsi sebelum disahkan meninggal dunia 11.15 pagi tadi," katanya.

Roslinda berkata, arwah anaknya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tebing Tinggi sebelum solat Asar.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 January 2017 @ 10:07 PM