ANTARA burung pelbagai spesies yang dirampas PERHILITAN.
ANTARA burung pelbagai spesies yang dirampas PERHILITAN.
PEGAWAI PERHILITAN melihat rampasan burung murai batu.
PEGAWAI PERHILITAN melihat rampasan burung murai batu.
Mohd Jamilul Anbia Md Denin


Kuala Lumpur: Kewujudan pemburu haram selain aktiviti penyeludupan besar-besaran burung tempatan dikhuatiri menjadi punca utama kepupusan beberapa spesies burung ‘emas’ dilindungi.

Difahamkan, kegiatan haram penangkapan burung dilindungi antaranya spesies murai batu, kelicap kunyit, serindit, bayan, ciak tempua dan burung hantu terus berleluasa.

Ini dibuktikan dengan jumlah rampasan besar Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) membabitkan 3,262 ekor burung sepanjang Januari hingga Oktober tahun lalu.

Jabatan itu mengakui spesies berkenaan terutama murai batu yang paling digemari dalam kalangan peminat tempatan dan negara jiran bakal pupus jika kegiatan haram itu tidak dibendung.

Kegiatan menangkap burung itu sekali gus boleh menyekat usaha PERHILITAN memberi perlindungan terhadap spesies burung unik itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 January 2017 @ 5:35 AM