Banjir kilat yang melanda SK Hulu Kelang, petang tadi. FOTO Ihsan bomba.
Banjir kilat yang melanda SK Hulu Kelang, petang tadi. FOTO Ihsan bomba.
Mohd Hasbi Sidek


Ampang: Sekolah Kebangsaan (SK) Hulu Kelang, di sini, dinaiki air setinggi 0.6 meter akibat hujan lebat petang tadi.

Hujan lebat kira-kira sejam bermula jam 4.30 petang itu menyebabkan banjir kilat di kawasan itu.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata, pihaknya bersiap sedia di lokasi sekiranya keadaan bertambah buruk.

"Air melimpah di sekolah berkenaan ekoran sistem saliran tidak dapat menampung jumlah air yang banyak.

"Bagaimanapun tiada mangsa yang perlu dipindahkan dan air mulai surut kira-kira jam 6 petang," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 January 2017 @ 7:19 PM